PALSU :
Tersebar luas di media sosial dakwaan bahawa MARA menyediakan Dana Pinjaman Khas MARA Usahawan 1Malaysia.
SEBENARNYA :
MARA Nafi Sedia Dana Pinjaman Khas MARA Usahawan 1Malaysia. Merujuk kepada Dana Pinjaman Khas MARA Usahawan 1Malaysia sepertimana yang diuar-diuarkan, Dinyatakan MARA tidak mewujudkan dana ini yang dipercayai dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan kepentingan individu atau syarikat. MARA juga tidak pernah melantik mana-mana agen ataupun syarikat untuk menguruskan dana pembiayaan perniagaan MARA
SUMBER :