Loji Air Syabas Punca Tanah Runtuh ?

TULAR:
668

PALSU : 

Tular di media sosial dakwaan bahawa kejadian hakisan dan tanah runtuh di Taman Mega Jaya, Ampang, berpunca daripada kegagalan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)  menyelenggara rumah pam di lokasi berkenaan.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Astro Awani

SEBENARNYA : 

Syabas menafikan dakwaan bahawa kejadian hakisan dan tanah runtuh di Taman Mega Jaya, Ampang, berpunca daripada kegagalan pihaknya menyelenggara rumah pam yang terdapat di lokasi berkenaan.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred , siasatan menyeluruh yang dijalankan pada 11 Januari 2013 mendapati tidak terdapat rumah pam di lokasi berkenaan sebaliknya hanya loji simpanan air bagi kegunaan pengguna di Taman Mega Jaya dan kawasan sekitar.

Beliau turut menafikan berlaku kebocoran pada loji berkenaan yang menyebabkan air dari loji itu mengalir hingga mengakibatkan gangguan pada struktur tanah serta berlakunya hakisan dan tanah runtuh.

SUMBER : 

Jabatan Penerangan Malaysia

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI