PALSU :
Tersebar luas di media sosial dakwaan kononya terdapat diskaun bayaran bagi bil yang tertunggak sekiranya pembayaran dibuat melalui ejen-ejen yang dilantik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
SEBENARNYA :
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan pihaknya menawarkan diskaun pembayaran bil elektrik tertunggak. Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian TNB, Ir Kamaliah Abdul Kadir berkata, TNB tidak pernah melantik ejen persendirian menguruskan pembayaran bil, apalagi menawarkan diskaun pembayaran sehingga 45% seperti yang didakwa sesetengah pihak.
SUMBER :
Berita Harian