Lambakan Penjawat Awam Dalam Negara?

TULAR:
672

PENJELASAN :

Jabatan Perkhidmatan Awam memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat lambakan kakitangan awam di negara ini berikutan nilai nisbah 1:19 pegawai kerajaan kepada jumlah populasi penduduk di negara ini, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber: Facebook.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Zainal Rahim Seman, jumlah penjawat awam di negara ini adalah munasabah dengan nisbah sebenar 1:44 jika tidak mengambil kira sektor perkhidmatan pendidikan, keselamatan dan kesihatan seperti di beberapa negara lain.

Beliau berkata jumlah guru, polis, tentera dan anggota perkhidmatan kesihatan setakat 31 Mac lepas adalah kira-kira 57 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam. Nisbah penjawat awam kepada populasi negara ini iaitu 1:19 yang dinyatakan portal terbabit adalah mengikut definisi yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengambil kira tiga sektor. Di beberapa negara maju, katanya nisbah penjawat awam adalah lebih tinggi jika diambil kira tiga sektor terbabit, dengan United Kingdom adalah 1:18, Amerika Syarikat (1:14), New Zealand (1:13), dan Australia (1:12).

Tambahnya, emolumen atau gaji penjawat awam Malaysia juga adalah sederhana berbanding beberapa negara lain. “Contohnya di Singapura, gaji penjawat awam pada tahap gred 41, tiga kali ganda berbanding negara kita, itu dalam Dolar Singapura,” katanya.

 

SUMBER :
Berita Harian

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI