PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa 3 dokumen sulit kononnya telah dicuri sekumpulan beruk daripada posmen yang bertugas di kawasan kem Sungai Udang.
Sumber gambar : zeenews.india
SEBENARNYA :
Kem Terendak menafikan bahawa tiga dokumen yang dicuri sekumpulan beruk dari posmen yang bertugas di kawasan kem di Sungai Udang adalah dokumen sulit.
Pegawai Pemerintah Markas Garison Terendak, Left Kol Mohamad Salleh, berkata dokumen atau barang sulit hanya dihantar mengikut sistem prosedur operasi standard (SOP), bukan pos.
SUMBER :
Berita Harian