Tabung Haji Beri Laluan Pantas Kepada Selebriti Untuk Tunai Haji?

TULAR:
271

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya seorang selebriti telah diberi laluan pantas untuk menunaikan haji oleh Tabung Haji (TH).

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

TH tidak pernah memberi keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melangkau giliran bagi menunaikan haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi memastikan proses giliran secara telus, TH turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya tiada istilah kuota menteri atau timbalan menteri atau sesiapa sahaja bagi mendapatkan giliran dengan  melangkaui giliran untuk menunaikan haji.

Beliau juga turut menyangkal dakwaan TH memberikan keistimewaan atau laluan kepada pelakon, Neelofa untuk menunaikan haji selepas sebulan mendaftar.

Sebaliknya kelulusan visa tersebut diberikan oleh syarikat swasta dan bukannya melalui TH.

 

SUMBER:

Laman Rasmi TH

Utusan Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI