Biji Rambutan Rawat Kencing Manis?

TULAR:
808

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan kenyataan bahawa terdapat segelintir pihak melaporkan biji rambutan adalah berkesan untuk mengubati penyakit kencing manis.

Gambar hiasan. Sumber : Blogs Mukhlason

Didalam kenyataan yang dikelurkan KKM, ia menjelaskan kan bahawa, berdasarkan semakan rujukan ilmiah, tiada rujukan didapati menyatakan kegunaan tradisional atau perubatan biji rambutan (N. lappaceum) untuk sebarang rawatan termasuk penyakit kencing manis. Biji rambutan dikatakan mempunyai kandungan lemak (saponin) yang tinggi dan bahan ini adalah dikatakan toksik kepada manusia.

Kajian yang menyeluruh iaitu kajian praklinikal dan klinikal perlu dijalankan sebelum sesuatu bahan berasaskan herba dapat membuat sebarang tuntutan perubatan dan keselamatan bahan tersebut adalah terjamin. Oleh kerana tiada kajian keselamatan/klinikal yang menyeluruh dijalankan untuk menyokong tuntutan dan keselamatan pengambilan biji rambutan, pengguna adalah digalakkan untuk mendapat khidmat nasihat daripada pegawai farmasi atau pegawai perubatan sebelum mengambil sebarang bahan/produk berasaskan biji rambutan.

SUMBER:

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI