PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat dua beradik yang telah diculik dari sebuah tadika di Seksyen 16, Shah Alam.
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, siasatan polis mendapati dua kanak-kanak terbabit bukan dilarikan, sebaliknya diambil oleh ibu kandung mereka dari tadika berkenaan pada hari kejadian.
Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes terbabit dan meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.
SUMBER:
Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia