Waspada Taktik Penipuan ‘Love Scam’

TULAR:
4307

WASPADA:

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berwaspada dan mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan ‘Romance/Love Scam’.

Sumber gambar: PDRM.

Menurut Polis Diraja Malaysia(PDRM), suspek akan memperdaya mangsa dengan kata-kata romantis
dan janji-janji palsu terutamanya kepada golongan berikut:

1. Wanita/lelaki belum berkahwin.
2. Wanita/lelaki yang kesunyian.
3. Wanita/lelaki yang lanjut usia dan memerlukan teman hidup.

Modus Operandi (M.O):

1. Mangsa berkenalan dengan suspek melalui emel, facebook,
twitter dan lain-lain media sosial.

2. Suspek menggunakan kata-kata manis, janji-janji palsu dan
panggilan manja bagi menawan hati mangsa.

3. Dalam tempoh perkenalan tersebut, mereka tidak pernah
bertemu dan perhubungan menjadi bertambah erat melalui
perbualan telefon.

4. Setelah mangsa terjerat dengan cinta suspek, suspek mula
menagih simpati dan meminta pelbagai pertolongan kewangan
daripada mangsa.

5. Mangsa yang terpedaya akan memasukkan wang ke dalam
akaun suspek.

6. Setelah sejumlah wang dimasukkan, suspek akan terus
menghilangkan diri.

Nasihat PDRM:

1. Sentiasa berwaspada apabila berkenalan dengan kawan dalam dunia maya.

2. Jangan memberikan sebarang informasi berkaitan maklumat
peribadi atau kewangan anda kepada kawan dalam dunia
maya.

3. Segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada pihak
yang cuba memeras ugut wang dari anda melalui internet.

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

Utusan Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI