Lelaki Ditahan Di Juasseh, Kuala Pilah Kerana Kes Samun Dan Pecah Rumah?

TULAR:
823

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa seorang lelaki telah ditahan di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kerana terlibat dalam kejadian pecah rumah dan samun.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, kisah yang tular berhubung seorang lelaki ditahan polis kerana terbabit kes samun dan pecah rumah adalah tidak benar, sebaliknya dia ditahan kerana berkelakuan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, “lelaki terbabit ditahan oleh penduduk Kampung Terusan Ulu kira-kira jam 10 malam kerana didapati berkeliaran di kawasan kampung itu dalam keadaan mencurigakan. Polis telah melakukan ujian air kencing dan mendapati lelaki itu positif dadah dan sehingga kini dia masih ditahan untuk tujuan siasatan.”

Menurut Haslah, polis juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian samun dan pecah rumah di sekitar Kampung Terusan dan Juasseh.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI