Kejadian Gempa Bumi Di Ranau, Sabah?

TULAR:
1495

PENJELASAN:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memperjelaskan laporan bahawa berlaku kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah pada 8 Mac 2018.

Sumber gambar: MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, gempa bumi sederhana telah berlaku di Ranau, Sabah pada 9:06 malam 8 Mac 2018 berpusat di latitud 6.1° Utara dan longitud 116.6° Timur, dengan magnitud 5.2 dan kedalaman 5 km. Walaubagaimanapun, tiada kejadian tsunami dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah turut mengesahkan kejadian itu dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini, namun pemantauan rapat giat dijalankan.

SUMBER:

Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Utusan Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI