Kamera AES Akan Dipasang Di Plaza Tol Lebuhraya?

TULAR:
978

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya kamera Sistem Penguatkuasaan Automotik (AES) akan dipasang di plaza tol lebuhraya untuk mengesan kesalahan trafik.

Versi Terkini. Tular: Mac 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: November 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Ogos 2017

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Pengangkutan menafikan bahawa kamera AES akan dipasang di plaza tol lebuhraya. Menurut wakil Kementerian Pengangkutan,”Kamera AES dipasang untuk menangkap pemandu yang memandu melebihi had laju, serta yang melanggar lampu trafik merah sahaja.”

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjelaskan bahawa setiap lorong tol dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) untuk membantu operasi transaksi tol di lorong tol serta memudahkan kakitangan tol memberi bantuan ketika pengguna menghadapi masalah di lorong-lorong tersebut. Menurut PLUS, kamera-kamera CCTV tersebut tidak digunakan untuk mengesan kesalahan trafik.

SUMBER:

PLUS Malaysia Berhad

The Star

Facebook PLUS


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI