Sindiket Penipuan Menggunakan Nama Mahkamah?

TULAR:
768

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan helah sindiket penipuan yang mengguna nama mahkamah tertentu berkaitan kes saman atau pewarisan harta, sebelum meminta sejumlah wang dipindahkan ke akaun pihak ketiga, bagi membuktikan mangsa tidak bersalah.

Gambar hiasan. Sumber: thefiscaltimes.com

Menurut Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, pihaknya mendapati sindiket yang menggunakan nama mahkamah dan Istana Kehakiman, menipu orang ramai secara menghantar dokumen palsu melalui e-mel atau aplikasi WhatsApp serta membuat panggilan telefon secara rambang.

Beliau berkata, kegiatan tidak bertanggungjawab itu dikesan sejak pertengahan tahun lalu dan setakat ini sudah sembilan laporan polis dibuat.

“Contoh penipuan kerap dilakukan adalah melalui dokumen palsu, apabila mahkamah didakwa mengeluarkan Perintah Penangkapan dan Perintah Pembekuan menurut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 serta Akta Dadah Berbahaya 1952 yang meminta mangsa merahsiakan kes jenayah bagi mengelakkan gangguan ke atas siasatan polis. Melalui dokumen itu, mangsa diminta untuk memindahkan aset kepada Jabatan Audit Negara bagi membuktikan mereka tidak bersalah. Dokumen itu menggunakan lambang seakan-akan kepala surat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) sendiri.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI