
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching:
Tular di media sosial satu imej yang mendakwa memaparkan “Cadangan Senarai Calon Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16” melibatkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor.
Semakan mendapati senarai tersebut adalah palsu dan tidak boleh disahkan kesahihannya. Imej berkenaan dipercayai telah disebarkan tanpa sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa atau parti yang berkaitan.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan dokumen yang tidak diketahui sumber serta kesahihannya. Sebarang maklumat berkaitan calon pilihan raya hanya perlu dirujuk melalui saluran rasmi parti politik berkenaan atau pihak berkuasa yang berkaitan.
Penyebaran maklumat yang tidak sahih boleh mengelirukan orang ramai dan menjejaskan proses demokrasi.
SUMBER:
Facebook Rasmi YB Teo Nie Ching
Instagram Rasmi YB Teo Nie Ching






