Makluman: Tindakan Terhadap Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Tidak Berdaftar Atau Tidak Berlesen

TULAR:
5

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM memaklumkan bahawa aktiviti penguatkuasaan terhadap premis dan perkhidmatan jagaan kesihatan yang tidak berdaftar atau tidak berlesen terus dipertingkatkan bagi melindungi keselamatan serta kepentingan orang ramai.

Menurut kenyataan media KKM, tindakan penguatkuasaan tersebut dilaksanakan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] melalui pendekatan pemantauan, siasatan dan operasi penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri serta agensi berkaitan.

Bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini (2021–2025), KKM menerima lebih 1,020 aduan berkaitan perkhidmatan jagaan kesihatan yang beroperasi di premis tidak berdaftar atau tidak berlesen. Jumlah aduan yang diterima didapati meningkat dari semasa ke semasa, sekali gus mencerminkan kebimbangan masyarakat terhadap kelayakan dan pematuhan pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Daripada jumlah aduan yang diterima, 320 serbuan telah dijalankan ke atas premis yang disyaki beroperasi tanpa pendaftaran atau lesen yang sah. Hasil tindakan tersebut, sebanyak 126 kertas siasatan telah dibuka dan 194 kes telah diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

KKM menasihatkan orang ramai agar mendapatkan perkhidmatan kesihatan hanya daripada fasiliti dan pengamal yang berdaftar serta berlesen bagi memastikan keselamatan dan kualiti rawatan yang diterima.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM

Instagram Rasmi KKM

X Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI