
Menurut kenyataan Caltex Malaysia:
Caltex Malaysia mengambil maklum perkembangan isu kualiti berhubung bahan api RON95 dan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkenaan sementara siasatan diteruskan.
Sebagai sebahagian daripada protokol dan langkah pematuhan kami, sampel telah diambil dari pelbagai peringkat pengendalian di sepanjang rantaian bekalan kami. Kami juga telah mendapatkan sampel daripada kenderaan terjejas yang telah dilaporkan.
Semua sampel telah dihantar ke makmal yang bertauliah dan kini sedang menjalani ujian selaras dengan piawaian industri yang diiktiraf.
Memandangkan penilaian ini melibatkan proses pengujian yang menyeluruh, masa tambahan diperlukan bagi melaksanakannya dengan berkesan.
Kesabaran para pelanggan kami amat dihargai sepanjang proses ini sementara kami terus berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan perkara ini, yang kami pandang dengan teliti.
SUMBER:
Facebook Rasmi Caltex Malaysia






