Makluman: Pelaksanaan Berperingkat Keperluan Perancangan Penggantian (Succession Planning)

TULAR:
5

Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA):

Susulan pengumuman oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MOHA), Dasar Gaji Ekspatriat yang Disemak Semula (berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026) memperkenalkan penekanan baharu terhadap perancangan penggantian (succession planning).

Inisiatif ini bertujuan memastikan proses pemindahan pengetahuan yang tersusun daripada ekspatriat kepada bakat tempatan, sekali gus menyokong pembangunan tenaga kerja jangka panjang dan kesinambungan operasi perniagaan.

🗓️ Pelaksanaan bermula: 1 Januari 2027

Tempoh peralihan ini memberi peluang kepada syarikat untuk membuat persediaan dan menyelaraskan strategi dalaman masing-masing.

Syarikat digalakkan untuk mula mengenal pasti pengganti tempatan serta memperkukuh rangka kerja latihan dan pembangunan kemahiran dari sekarang.

SUMBER:

Facebook Rasmi MIDA
Instagram Rasmi MIDA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI