Dakwaan Terdapat Unsur Komersial Perjanjian Tiga Gajah Malaysia Ke Jepun Adalah Tidak Benar

TULAR:
4

SEBENARNYA:

Tiada sebarang unsur komersial melibatkan urusan jual beli atau bayaran antara Zoo Taiping and Night Safari (ZTNS) dan Tennoji Zoo Osaka (TZO), Jepun dalam perjanjian melibatkan tiga gajah Malaysia, iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Mohamed Akmal Dahalan berkata perjanjian itu antara dua zoo (zoo to zoo) dan bukannya urusan perniagaan seperti dakwaan segelintir pihak.

Beliau berkata penjelasan dibuat susulan tuduhan tular di media sosial termasuk dakwaan program kerjasama itu melibatkan unsur komersial, bayaran tertentu kepada ZTNS dan MPT serta tidak mematuhi peraturan dan akta yang berkuat kuasa.

Beliau berkata program kerjasama antarabangsa itu selaras dengan Garis Panduan Standard Zoo Malaysia (Pengendalian Zoo) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta telah melalui proses kelulusan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Semua dokumentasi berkaitan termasuk permit khas, permohonan eksport dan maklum balas kepada pihak berkuasa Jepun telah memperoleh kelulusan sewajarnya sebelum penghantaran dibuat.

Beliau berkata MPT juga bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu menjalankan semakan atau siasatan lanjut terhadap program itu.

Tiga gajah itu kini ditempatkan di TZO di bawah perjanjian kerjasama antarabangsa selama 25 tahun antara TZO dan ZTNS yang diwakili MPT.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan aktivis dan badan bukan kerajaan menggesa kerajaan membawa pulang DAK kerana didakwa mengalami penderitaan serta tidak sesuai dengan persekitaran zoo itu.

SUMBER:

BERNAMA

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI