
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):
MET akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) Siri 4 di negeri Sarawak pada 11 hingga 12 Mei 2026 sebagai langkah proaktif bagi meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan utama.
Operasi ini akan memberi tumpuan kepada kawasan tadahan Empangan Bakun, Batang Ai dan Murum, yang merupakan sumber penting bekalan air dan penjanaan tenaga hidroelektrik di negeri Sarawak.
Pelaksanaan OPA ini melibatkan kerjasama strategik pelbagai agensi iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), MET Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Sarawak, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak serta Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
OPA akan dilaksanakan berdasarkan analisis meteorologi yang teliti oleh MET Malaysia dengan mengambil kira faktor kelembapan udara, kestabilan atmosfera serta corak pergerakan angin bagi memastikan keberkesanan operasi. Kawasan sasaran dipilih berdasarkan kehadiran awan yang berpotensi untuk proses pembenihan.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti MET Malaysia untuk mendapatkan maklumat. cuaca yang terkini menerusi laman sesawang (www.met.gov.my), aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi (Facebook, Instagram, X, Youtube dan Telegram) atau hubungi talian Hotline 1-800-22-1638.
SUMBER:






