Makluman: Kerajaan Madani Menyeru Penggunaan Bahan Api Secara Berhemat Bagi Memelihara Kestabilan Bekalan Negara

TULAR:
7

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

Kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memelihara kestabilan bekalan negara susulan ketidaktentuan pasaran petroleum global yang masih berlarutan.

Harga petroleum masih kekal tinggi, melebihi AS$100 setong, berikutan ketiadaan penyelesaian terhadap konflik di Asia Barat. Keadaan ini turut menjurus kepada kekangan bekalan minyak mentah dan produk petroleum global, yang semakin meruncing akibat kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di rantau tersebut.

Berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu, penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 7 Mei hingga 13 Mei 2026 adalah seperti berikut:

Harga Runcit

Pada masa yang sama, Kerajaan MADANI terus mengekalkan harga produk petroleum bersubsidi secara bersasar bagi membantu memelihara kelangsungan hidup rakyat dan operasi sektor tertentu dalam keadaan pasaran global yang masih tidak menentu. Harga bersubsidi yang dikekalkan adalah seperti berikut:

Bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat dan keperluan perbelanjaan fiskal secara berhemat, Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI