
SEBENARNYA:
Menurut kenyatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia:
JPJ telah menerima aduan berhubung iklan palsu jawatan kosong bersama scan QR untuk memohon.
JPJ ingin menegaskan bahawa iklan tersebut adalah palsu.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya akan penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian.
Orang ramai juga digalakan merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.
SUMBER:






