Makluman: Lenggong dan Sarawak Delta Geopark Diiktiraf Sebagai Unesco Global Geoparks Ketiga dan Keempat Di Malaysia

TULAR:
7

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES):

NRES sukacitanya mengumumkan bahawa Lenggong Geopark dan Sarawak Delta Geopark telah secara rasmi diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) ketiga dan keempat di Malaysia. Pengiktirafan berprestij ini telah dimuktamadkan oleh Lembaga Eksekutif UNESCO pada 23 April 2026 di Paris bersama dengan 12 Geopark yang lain dari seluruh dunia. Manakala, penyerahan sijil rasmi secara fizikal telah berlangsung pada 27 April 2026 di lokasi sama.

Dengan pengiktirafan ini, Malaysia kini mempunyai empat (4) UGGp, selepas Langkawi UGGp dan Kinabalu UGGp. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam jaringan geopark global, di samping menjadi pemangkin kepada pembangunan lapan (8) Geopark Kebangsaan yang sedang diperkasa sebagai calon berpotensi ke peringkat antarabangsa,

Kedua-dua geopark ini dicalonkan atas nilai saintifik dan warisan yang luar biasa:

a) Lenggong Geopark (Perak): Merangkumi kawasan seluas 2,248 km², wilayah ini terletak di antara banjaran gunung Titiwangsa dan Bintang. la merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO (sejak 2012) yang memaparkan lebih 1.8 juta tahun sejarah manusia melalui penemuan arkeologi. Dari sudut geologi, Lenggong Geopark menyimpan bukti aktiviti volkano. Gondwana melalui Tuf Lawin serta batuan Suevit yang terhasil daripada impak meteorit 1.83 juta tahun dahulu. la juga merekodkan mendapan abu letusan Gunung Berapi Mega Toba yang paling tebal di luar Sumatera zeta > 10 meter).

b) Sarawak Delta Geopark (Sarawak): Meliputi kawasan seluas 3,112 km² di bahagian barat Sarawak, geopark ini menonjolkan kepelbagaian geologi yang kompleks dalam Sistem Orogeni Tethyside. la merangkumi Zon Sutura Kuching, iaitu zon pertembungan dua blok daratan purba (Blok Borneo Barat dan Blok Borneo Barat Daya yang berasal dari superbenua purba Gondwana). Geopark ini juga merupakan bukti penting proses putaran lawan jam pulau Borneo serta pembentukan laut purba Proto-South China Sea.

Pencapaian ini akan membawa impak signifikan kepada negara, antaranya:

a) Pengiktirafan Global: Meletakkan Lenggong UGGp dan Sarawak Delta UGGp

sebagai destinasi geopelancongan bertaraf dunia yang berpotensi menarik pelancong dan penyelidik antarabangsa.

b) Pemuliharaan Lestari: Memastikan pemeliharaan warisan geologi negara dilaksanakan mengikut piawaian antarabangsa UNESCO.

c) Pembangunan Ekonomi Setempat: Menjana peluang ekonomi baharu kepada

komuniti setempat melalui aktiviti berkaitan geopelancongan dan pembangunan berasaskan semulajadi.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memelihara dan mengurus kawasan yang mempunyai nilai warisan geologi kepentingan antarabangsa secara mampan. Usaha ini selaras dengan Agenda Pembangunan Negara serta Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDGs) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mendukung aspirasi Kerajaan yang menekankan nilai Kemampanan (pemeliharaan alam sekitar), Kesejahteraan (ekonomi setempat), dan Hormat (warisan budaya).

NRES merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Sarawak, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Perak, Majlis Daerah Lenggong, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak (MUDeNR), Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), agensi-agensi teknikal, institusi pengajian tinggi serta komuniti setempat atas kerjasama erat dan komitmen padu dalam merealisasikan pengiktirafan ini.

NRES akan terus komited untuk memperkasa pembangunan geopark negara serta menggalakkan lebih banyak Geopark Kebangsaan ke peringkat global demi memartabatkan warisan geologi negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi NRES

Facebook Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI