Penjelasan Aktiviti Penjualan Di Hadapan KLCC Adalah Rakaman Lama

TULAR:
5

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL):

DBKL merujuk kepada sebuah video yang tular di media sosial berhubung aktiviti perniagaan di hadapan KLCC.

Video tersebut merupakan rakaman lama dan tidak menggambarkan situasi semasa dimana didalam video yang tular terdapat satu sahaja papan tanda berbanding situasi terkini terdapat dua papan tanda di kawasan tersebut. Berdasarkan rekod rakaman CCTV DBKL, tiada sebarang aktiviti perniagaan seperti yang dipaparkan dalam video tersebut di kawasan berkenaan sepanjang tahun 2026.

Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, sebanyak 2,108 tindakan penguatkuasaan telah diambil di kawasan Imbi melibatkan 1,795 notis kompaun, 39 notis penguatkuasaan serta 274 sitaan terhadap pelbagai kesalahan halangan struktur dan penjaja. DBKL sentiasa melakukan pemantauan dan penguatkuasaan di Parlimen Bukit Bintang termasuk sekitar kawasan KLCC.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih serta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

SUMBER:

Facebook Rasmi DBKL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI