Makluman: Permohonan Rayuan Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia milik Syarikat Goodfood Industries Sdn Bhd. Telah Diluluskan

TULAR:
5

Menurut kenyataan Bahagian Pengurusan Halal, Jab. Agama Islam Pahang (JAIP):

JAIP ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Pengesahan Halal Negeri Pahang Darul Makmur Bil 2/2026 telah MELULUSKAN permohonan rayuan penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia milik Syarikat Goodfood Industries Sdn Bhd.

Sijil halal milik syarikat telah dipulangkan semula. Status semasa sijil halal syarikat ialah sah.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berkuasa dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat.

SUMBER:

Facebook Rasmi JAIP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI