Makluman: Perubahan Gerbang Pembayaran

TULAR:
4

Menurut kenyataan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Kementerian Digital:

Dimaklumkan bahawa gerbang pembayaran bagi urusan bayaran Perakuan Pendaftaran Pengawal Data melalui Sistem Perlindungan Data Peribadi (SPDP) telah beralih kepada Billpiz berkuat kuasa 11 Jun 2026.

Pada peringkat awal pelaksanaan, pembayaran boleh dibuat melalui kaedah Financial Process Exchange (FPX). Bagi menambah baik pengalaman pengguna, saluran pembayaran lain seperti Kad Debit/Kredit serta E-Wallet kini sedang dalam proses pembangunan dan akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

JPDP komited untuk memastikan proses pembayaran dilaksanakan dengan lebih mudah, selamat dan efisien bagi kemudahan pengguna. Sebarang perkembangan lanjut berhubung penambahan kaedah pembayaran atau penambahbaikan sistem akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran media sosial rasmi Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Perlindungan Data Peribadi Kementerian Digital


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI