
Menurut kenyataan Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS):
JKNS ingin memaklumkan insiden kebocoran paip di kawasan dewan bedah Hospital Ampang pada 27 April 2026 yang telah menjejaskan struktur siling dan mengakibatkan limpahan air di kawasan sekitarnya.
Siasatan awal mendapati insiden ini berpunca daripada kebocoran paip air sejuk di laluan koridor dewan bedah. Limpahan air berjaya dikawal dalam tempoh singkat dan keadaan lokasi kini terkawal. Pemeriksaan dan pembaikan menyeluruh sedang dijalankan di kawasan terjejas bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.
Insiden ini menjejaskan sebahagian operasi dewan bedah apabila beberapa bilik pembedahan tidak dapat digunakan sementara. Namun, pelan kontingensi telah diaktifkan segera bagi memastikan perkhidmatan kritikal terus berjalan. Semua kes kritikal telah dipindahkan ke bilik pembedahan yang selamat, manakala kes elektif ditangguhkan dan dijadualkan semula.
Pihak JKNS memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan kekal komited dengan memastikan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan dengan kadar segera agar perkhidmatan dewan bedah dapat kembali beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.
SUMBER:






