
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
MOF mengesahkan bahawa panduan telah dikeluarkan kepada Kementerian dan Agensi untuk menyusun semula keutamaan perbelanjaan mengurus, selaras dengan cabaran krisis bekalan global dan tanggungan subsidi yang meningkat.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan pengurusan fiskal yang berhemat bagi mengoptimakan sumber Kerajaan supaya dapat mengekalkan sokongan kepada rakyat secara berterusan.
Kementerian Kewangan ingin menekankan bahawa pelarasan perbelanjaan akan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi.
SUMBER:






