Akaun Menggunakan Nama “Tokmat Hasan” adalah Tidak Benar

TULAR:
4

Menurut Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap kewujudan akaun media sosial yang menggunakan nama “Tokmat Hasan” yang dikenal pasti sebagai akaun palsu. Akaun tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu sebenar.

Sehubungan itu, masyarakat diminta untuk tidak terpedaya dengan sebarang maklumat atau kandungan yang disebarkan melalui akaun berkenaan. Orang ramai juga digalakkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi dan sah bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan dipercayai.

Sebarang penyebaran maklumat palsu boleh mengelirukan serta memberi kesan negatif kepada orang awam. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat penting dalam membendung penularan maklumat tidak sahih.

SUMBER:

Facebook Rasmi Dato’ Seri


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI