Dakwaan Pemberian Kewarganegaraan Secara ‘Borong’ Kepada Warga China adalah Tidak benar

TULAR:
3

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN):

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa kerajaan memberikan kewarganegaraan Malaysia secara ‘borong’ kepada warga asing, termasuk dakwaan bahawa 1.2 juta rakyat China yang memasuki Malaysia tidak keluar semula dari negara ini.

Menurut KDN, dakwaan tersebut adalah tidak tepat. Data yang dibentangkan di Dewan Rakyat menunjukkan jumlah ketibaan pelancong China bagi tempoh 1 Januari 2018 hingga November 2024 ialah 8,491,653 orang, manakala rekod pelepasan keluar ialah 8,012,294 orang. Perbezaan tersebut melibatkan pelbagai kategori dan bukan bermaksud 1.2 juta individu diberikan kewarganegaraan.

KDN turut menjelaskan bahawa jumlah pemegang pas lawatan sosial yang masih berada di Malaysia ialah 84,817 orang. Sejak 2013, seramai 203 warga China telah diberikan kewarganegaraan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, bukannya 1.2 juta seperti yang didakwa.

Naratif mengenai angka 1.2 juta ini merupakan dakwaan lama yang kembali dikitar semula. Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak maklumat berkaitan kewarganegaraan dan imigresen melalui sumber rasmi sebelum berkongsi

SUMBER:

Facebook Rasmi KDN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI