
Menurut Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM):
Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menegaskan bahawa YB Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang didakwa. Imej berkenaan merupakan hasil manipulasi digital yang boleh mengelirukan orang ramai.
Susulan itu, satu laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
SUMBER:
Facebook Rasmi YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu






