TLDM Tetapkan Kuota Berdasarkan Kaum Atau Negeri Bagi Setiap Proses Pengambilan Anggota?

TULAR:
651

PALSU:

Hangat diperkatakan dimedia sosial dakwaan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menetapkan kuota berdasarkan kaum atau negeri dalam proses pengambilan anggotanya serta kuota pengambilan anak Sarawak di dalam TLDM adalah rendah.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, TLDM tidak menetapkan sebarang kuota berdasarkan kaum atau negeri dalam setiap proses pengambilan anggotanya.

Beliau berkata sebaliknya TLDM mengalakkan penyertaan semua rakyat dari pelbagai kaum di negara ini untuk menyertai agensi keselamatan itu.

Mengulas lanjut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman berkata dakwaan kuota pengambilan anak Sarawak di dalam TLDM rendah juga tidak tepat.

Beliau berkata biarpun tiada sebarang kuota ditetapkan, TLDM masih perlu mengikut syarat pengambilan berdasarkan kriteria ditetapkan.

SUMBER:

Berita RTM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI