KWSP Lakukan Pemindahan Dana Dan Bon Simpanan Dalam Jumlah Yang Besar Melalui Kaedah Penipuan?

TULAR:
702

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat pemindahan dana dan bon dalam jumlah yang besar dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui kaedah penipuan.

Sumber gambar: Whatsapp

SEBENARNYA:

KWSP menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa surat dan kertas cadangan yang didakwa wujud merupakan dokumen palsu. Oleh itu, kertas cadangan yang tersebut tidak pernah dikemukakan kepada KWSP dan tidak pernah dipertimbangkan langsung.

KWSP juga menegaskan bahawa tiada sebarang pemindahan dana atau bon seperti yang didakwa. Berikutan daripada audit tahunan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara, kami boleh mengesahkan bahawa bon yang dipersoalkan masih kekal dalam pemilikan KWSP, melalui pengesahan yang diterima daripada PayNet pada bulan Januari 2018. Paynet merupakan pengendali sistem pembayaran yang diluluskan dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dan turut merupakan anak syarikat BNM. Kami sekali lagi menegaskan bahawa transaksi yang disebutkan tidak pernah berlaku, manakala kedua-dua RHB Bank dan HSBC Bank juga mengeluarkan kenyataan bagi menafikan dakwaan tersebut.

Rangka kerja tadbir urus KWSP memerlukan semua kertas cadangan melalui proses penilaian pelaburan yang ketat meliputi analisis komprehensif, penilaian risiko dan usaha wajar oleh pasukan pakarnya. Sebaik sahaja cadangan itu lulus dalam saringan peringkat pertama, maka ia tertakluk kepada pertimbangan yang lebih terperinci oleh Jawatankuasa Pelaburan Pengurusan (MIC), yang terdiri daripada ahli-ahli kanan Bahagian Pelaburan serta ahli-ahli pengurusan tertinggi KWSP. Hanya setelah mendapat kelulusan daripada MIC, kertas cadangan akan dibawa ke Panel Pelaburan untuk pertimbangan selanjutnya sebelum mendapat kelulusan akhir. Panel Pelaburan dianggotai oleh profesional industri, ahli pengurusan kanan KWSP, serta wakil daripada BNM dan Kerajaan.

SUMBER:

Laman Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI