Kerajaan Pertimbang Tubuhkan Kedutaan Malaysia Di Baitulmaqdis, Palestin?

TULAR:
214

PENJELASAN:

Timbalan Menteri Luar memperjelaskan laporan bahawa kerajaan pertimbangan tubuhkan kedutaan Malaysia di Baitulmaqdis, Palestin sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, keputusan menempatkan kedutaan Malaysia di Baitulmaqdis hanya akan dibuat selepas kerangka penyelesaian dua negara Palestin-Israel dimuktamadkan.

Ia selaras pendirian Malaysia yang berpegang teguh terhadap piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menghormati status pertikaian membabitkan wilayah Baitulmaqdis. Percaturan gelojoh untuk menempatkan kedutaan Malaysia di Baitulmaqdis tanpa menghormati piagam PBB hanya isyarat seolah-olah negara ini mengizinkan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf wilayah berkenaan sebagai ibu kota Israel.

“Tindakan AS dikutuk masyarakat dunia, justeru kita tidak mahu memberi cerminan keputusan yang sama, sebaliknya jalan terbaik adalah memberi laluan rundingan menerusi kerangka penyelesaian dua negara Palestin-Israel.”

SUMBER:

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI