Terdapat Sindiket Penipuan Sewa Rumah Dan Bilik Atas Talian?

TULAR:
808

WASPADA: 

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan sindiket yang menipu orang ramai berkaitan urusan jual beli atau sewaan rumah dan bilik secara atas talian.

Sumber gambar : PDRM

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), kebanyakan mangsa terdiri daripada mereka yang suka meletakkan nama dan nombor telefon peribadi masing-masing di laman sosial bagi tujuan tersebut.

Kesempatan ini akan digunakan oleh sindiket untuk memerangkap mangsa bagi mendapatkan wang secara salah.

Modus Operandi (M.O):

– Suspek akan mencari mangsa melalui laman media sosial yang menyediakan ruang bagi orang awam mencari rumah atau bilik sewa.

– Suspek akan cuba menghubungi mangsa melalui nombor telefon yang ditinggalkan di laman sosial terbabit.

– Suspek akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa dan mengaku sedang mencari pembeli rumah atau penyewa bilik.

– Mangsa akan dikehendaki membayar deposit.

– Butiran lengkap rumah beserta alamat diberikan untuk meyakinkan mangsa selain dari beberapa gambar dan surat perjanjian jual beli atau sewa yang dikirim melalui emel.

– Suspek juga memberikan nombor telefon palsu yang kononnya
merupakan milik penghuni ataupun bekas penghuni di rumah atau bilik sewa terbabit untuk dihubungi mangsa.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI