Purata Nilai Gred Keseluruhan STPM 2017 Jatuh?

TULAR:
733

PENJELASAN:

Pihak Majlis Peperiksaan memperjelaskan dakwaan bahawa Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 jatuh sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Pengerusi Majlis Peperiksaan, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, pencapaian keseluruhan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 terus meningkat apabila Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional meningkat kepada 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.

Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak menjelaskan peratusan calon memperoleh PNGK 4.00 pada STPM 2017 mencatatkan sedikit penurunan daripada 565 calon pada 2016 kepada 485 pelajar.

Beliau berkata, bilangan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas meningkat kepada 6,408 calon pada 2017 berbanding 6,137 calon pada 2016.

“Jumlah calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas turut meningkat daripada 16,263 orang dalam STPM 2016 kepada 17,423 orang pada tahun 2016.”

SUMBER: 

Utusan Online

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI