Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) Di Loji Rawatan Air SSP3 Pecah?

TULAR:
1088

PENJELASAN:

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memperjelaskan laporan berhubung insiden Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di Loji Rawatan Air SSP3 yang pecah, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Menurut SYABAS, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama pegawai–pegawai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd serta Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) berada di tapak.

Untuk makluman, kerja-kerja pembaikan telah siap dilaksanakan lebih awal dari masa yang ditetapkan iaitu pada jam 5.00 petang, 6 Mac 2018 dan insiden ini berlaku semasa persediaan untuk mengaktifkan semula pengoperasian loji.

Kejadian ini telah menyebabkan kecederaan serius kepada kakitangan yang bertugas di tapak dan pihak Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) telah memaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Susulan daripada insiden yang tidak dijangka ini, masa pemulihan bekalan akan tersasar dari jadual asal seperti yang dimaklumkan pada notis hebahan media sebelum ini.

Pihak Syabas akan memaklumkan status pemulihan yang baru dan akan bekerjasama dengan pihak Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) bagi membantu kerja-kerja pembaikan.

SUMBER:

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd

Kosmo

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI