
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Majlis Amanah Rakyat (MARA):
MARA menafikan sebarang penglibatan agensi ini dalam pelantikan Usahawan MARA Berhad sebagai agen bagi mempromosi atau memproses pembiayaan MARA sebagaimana yang tular di media sosial dan di aplikasi WhatsApp.
Untuk makluman, semua urusan berkaitan pembiayaan MARA adalah tertakluk kepada syarat dan ketetapan semasa serta diuruskan sepenuhnya oleh MARA tanpa melibatkan mana-mana pihak ketiga.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak memberikan sebarang maklumat peribadi, membuat transaksi atau terpedaya dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.
SUMBER:






