
Menurut Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM):
CAAM mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di sekitar Selangor dan Putrajaya sempena persiapan dan Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, pada 5 Jun 2026.
Larangan ini bertujuan untuk memastikan persiapan dan majlis istiadat itu dapat dilaksanakan dengan selamat selain mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang ramai.
Larangan ini juga bertujuan untuk mengelak berlakunya risiko kemalangan semasa formasi terbang lintas hormat oleh lima pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa Jalur Gemilang, bendera ATM, Panji Tentera Darat Malaysia (TDM), Panji Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Panji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang melalui kawasan tersebut.
CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang risiko serta bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); peraturan 98, peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs).
SUMBER:






