Dua Lelaki Warga Turki Diculik di Malaysia?

TULAR:
331

PENJELASAN:

Tular di media sosial dakwaan bahawa dua lelaki warga Turki diculik di Malaysia.

Sumber gambar: Bernama.

Penahanan dua lelaki warga Turki kerana dipercayai terbabit aktiviti mengancam keselamatan negara dibuat selepas polis memperoleh maklumat melalui Pusat Digital Serantau Memintas Komunikasi (CMC).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, penahanan itu bukan satu tuduhan kerana ia adalah hasil dapatan polis melalui operasi yang dijalankan.

Beliau mengulas mengenai dua lelaki warga Turki yang pada mulanya didakwa oleh isteri mereka diculik, namun disahkan oleh polis ditangkap kerana mengancam keselamatan negara.

SUMBER:

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI