Dua Orang Maut Keracunan Makanan Dan Jangkitan Kencing Tikus Di Sebuah Premis Makan Di Stesen KTMB Kluang?

TULAR:
1077

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya berlaku dua kematian akibat keracunan makanan dan jangkitan kencing tikus di sebuah premis makan di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kluang.

Mesej tersebut juga mendakwa 13 pengunjung kedai tersebut pengsan manakala dua mangsa yang kritikal tidak dapat diselamatkan.

Sumber gambar: Sinar Harian

SEBENARNYA:

Polis daerah Kluang menafikan terdapat dua kematian akibat keracunan makanan dan jangkitan kencing tikus di sebuah premis makan di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kluang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail, mesej tersebut juga mendakwa 13 lagi pengunjung kedai tersebut pengsan manakala dua mangsa yang kritikal tidak dapat diselamatkan.

“Berita tersebut tidak benar kerana apa sebenarnya yang berlaku di Stesen KTMB Kluang semalam (17 Oktober 2018) adalah Latihan Simulasi Lapangan Bencana Radiasi yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan di daerah ini.

“Namun, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan keadaan yang sebenar sehingga menimbulkan keresahan orang ramai di daerah ini dengan berita-berita yang tidak benar.”

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM Johor

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI