PENJELASAN:
Timbalan Perdana Menteri memperjelaskan dengan lebih lanjut berhubung penahanan dua warga Turki oleh pihak polis yang terlibat dengan aktiviti mengancam keselamatan Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Turgay sebaliknya perlu dihantar pulang ke negara asalnya.
Tegas Ahmad Zahid, keputusan itu berdasarkan undang-undang mengenai pengusiran dan pihak berkuasa Malaysia perlu mematuhinya.
Turgay dan seorang lagi warga Turki, Ihsan Aslan, ditahan pada 2 Mei 2017 kerana terlibat dengan aktiviti yang didakwa mengancam keselamatan Malaysia. Kedua-dua mereka ditahan kerana ada kaitan dengan militan IS.
SUMBER: