PALSU :
Tular email yang didakwa dihantar dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700.00.
SEBENARNYA :
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin membuat penafian mengeluarkan email kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700.00 lalu mereka diminta klik kepada satu pautan yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka.
LHDNM mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah palsu dan merupakan aktiviti phishing oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai.
SUMBER :