Panggilan Telefon Dari Bank Negara Meminta Pengesahan Transaksi?

TULAR:
1051

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan telefon yang kononnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang meminta pengesahan transaksi dan butir maklumat kad kredit mereka.

Gambar hiasan. Sumber : Reuters.

Pihak BNM mengingatkan orang ramai bahawa tiada jabatan “Unit Kad Kredit Palsu” di BNM, dan nombor telefon 03-2772-XXXX adalah bukan talian telefon milik BNM.

Orang ramai yang mempunyai akaun bank adalah dinasihati supaya tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kata laluan kepada pihak ketiga. Pihak bank tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui panggilan telefon.

SUMBER:

Bank Negara Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI