Malaysia Catat Kes HIV Paling Tinggi Berbanding Negara Papua New Guinea Dan Kemboja?

TULAR:
386
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan memperjelaskan persoalan bahawa Malaysia mencatat kes HIV paling tinggi berbanding Papua New Guinea dan Kemboja.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Dreams Time

Kementerian Kesihatan menafikan Malaysia mencatat kes HIV paling tinggi berbanding Papua New Guinea dan Kemboja.

Timbalan Menteri kementerian berkenaan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anggaran kes HIV negara ini bagi kalangan orang dewasa berumur 15 hingga 49 ialah 80,000 kes atau 0.5 peratus.

“Kadar ini adalah rendah jika dibanding dengan Kemboja yang mencatatkan 75,000 kes atau 0.8 peratus bagi golongan yang sama, manakala Papua New Guinea mencatatkan 54,000 atau 1.5 peratus.”

SUMBER:

Utusan Online

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI