Emel LHDN Mahu Bayar Balik RM700?

TULAR:
523

PALSU :

Tular email yang didakwa dihantar dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700.00.

Image result for scam lhdn
Gambar hiasan. Sumber : mycert.org

SEBENARNYA :

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin membuat penafian mengeluarkan email kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700.00 lalu mereka diminta klik kepada satu pautan  yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka.

LHDNM mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah palsu dan merupakan aktiviti phishing oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai.

SUMBER :

LHDN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI