Empangan Batu Retak?

TULAR:
1168

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kerajaan Selangor akan melepaskan air dari Empangan Batu kerana struktur binaan yang mengalami rekahan selain parasnya yang terlalu tinggi.

Sumber gambar: Selangor.gov.my


SEBENARNYA :

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, Empangan Batu adalah di bawah kawalan pejabat pengurusan Lembaga Sungai Klang, di bawah pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan bukan di bawah JPS Selangor. JPS Wilayah Persekutuan telah mengesahkan bahawa tiada pelepasan air dilakukan pada 25 dan 26 Disember seperti berita yang disebarkan.

SUMBER : 

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI