Mangsa Banjir Mati Kesejukan di Atas Bukit Kuala Krai?

TULAR:
898

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa ramai yang mati kesejukan dan kelaparan di atas bukit di Kuala Krai, Kelantan serta terdapat  mayat bergelimpangan akibat banjir.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA :

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya mendapati mesej tersebut adalah palsu dan berbaur fitnah yang disebarkan melalui laman aplikasi WhatsApp.

Pihaknya juga telah menahan sepasang suami isteri berjawatan guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI