10 Orang Mati Lemas Di Guchil, Kuala Krai Akibat Banjir?

TULAR:
422

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa 10 orang telah lemas terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai.

Sumber: Facebook.

SEBENARNYA :

Polis Kelantan menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya 10 orang dipercayai mati lemas akibat terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai akibat banjir.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat fitnah dan cerita bukan-bukan itu.

 

Kemaskini :

Setelah lapan individu tampil untuk memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.

SUMBER :

Sinar Harian

Facebook Suruhanjaya Komuniksi dan Multimedia Malaysia (MCMC)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI