Teluk Intan Dan Menara Condong Bakal Tenggelam Akibat Banjir Besar?

TULAR:
1010

PENJELASAN  :

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memperjelaskan dakwaan bahawa kawasan Teluk Intan termasuk Menara Condong akan tenggelam akibat banjir besar sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Gambar hiasan. Sumber  : Blogspot Miazarraannur

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, tiada tanda-tanda kawasan di sekitar Teluk Intan akan berlaku banjir besar.

“Seperti yang kita lihat keadaan di sini ternyata tidak benar sama sekali. Apa yang kita lihat air surut dan mengalir ke bawah (muara) dan belum ada tanda-tanda akan berlaku banjir.”

SUMBER :

Bernama

Harian Metro

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI