PALSU :
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononya Empangan Chereh di Sungai Lembing, Kuantan berisiko untuk pecah pada bila-bila masa dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah membuat pengumuman supaya orang ramai bersiap sedia.
SEBENARNYA :
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh mengesahkan dakwaan bahawa Empangan Chereh dikatakan berisiko untuk pecah adalah palsu. “Jangan mudah tularkan perkara tidak benar. Jika terima, padam sahaja atau jika tidak pasti, dapatkan pengesahan pihak berkuasa.”
Sementara itu, menurut jurucakap Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), jika timbul sesuatu keadaan, pengumuman tersebut tidak akan dibuat mereka.
“Empangan Chereh bukan dalam bidang kuasa PAIP kerana ia sebenarnya di bawah pengurusan Badan Kawal Selia Air Pahang. Jadi bagaimana pula PAIP yang dikatakan membuat pengumuman itu.”
SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia